Adakah laman SimDif dapat dilihat di carian enjin Google?
Bagaimana dengan laman SimDif dan carian enjin yang lain?
Tujuan utama kewujudan aplikasi ini adalah bagi membantu anda Menyusun atur kandungan untuk pembaca di mana dapat dilihat melalui carian enjin.
Laman web yang berguna dan disusn atur dengan jelas bagi menjawab persoalan klien dapat membantu Google membina gambaran jelas mengenai perniagaan anda dan mengesyorkannya.
Apabila anda menerbitkan kandungan laman web, tetapan pengoptimuman akan membantu anda melengkapkan laman web dengan ciri-ciri tersendiri.
Pihak SimDif tidak menafikan bahawa ianya memerlukan sedikit masa dan peningkatan kualiti untuk laman web anda mempunyai potensi untuk dilihat di Google dengan cara yang berguna.
Tambahan lagi, laman web anda akan dipaparkan di enjin carian Google apabila seseorang menaip nama anda. Lebih penting lagi anda akan mahukan orang yang tidak mengenali anda untuk tahu jenis tawaran yang dilakukan anda di lokasi masing-masing.
SimDif telah menawarkan beberapa cara untuk anda
Dengan mengisi beberapa minit dengan sekeping kertas. Ya, sekeping kertas! :-)
Senaraikan 5 persoalan yang klien dan pelawat anda akan taip di mesin carian Google. Soalan-soalan ini berkait rapat dengan sebab tawaran anda dan lokasi anda. Mari membuat andaian bahawa mereka tidak mengenali anda dan tidak akan menaip nama atau jenama anda. Lakukan siasatan terhadap perkataan dan frasa yang mereka akan gunakan di Google.
Senaraikan 5 persoalan yang anda merasakan berada di pemikiran pembaca apabila sampai di laman web anda. Apakah yang mereka ingin tahu? Sekali lagi, gunakan perkataan mereka dan bukan anda. Kenalpasti istilah dan ungkapan yang digunakan dalam kehidupan seharian. Semua ungkapan dan persoalan yang sering kali di tanya dan berlainan daripada #1 di atas.
Untuk setiap topik berbangkit, bina satu laman web untuk menjawab segala persoalan. Sila patuhi peraturan dimana; 1 topik = 1 halaman. Anda akan mula membina laman web secara progresif di mana pelawat akan menganggap ianya berguna dan mudah diterokai. Ianya merupakan salah satu cara untuk membantu enjin carian mendapat struktur dan tahap relevan laman web anda.
Untuk pengetahuan lanjut tentang apa yang perlu dibuat dengan senarai tersebut, dan beberapa cara yang menarik, anda boleh pergi ke googlable.com . Ianya merupakan panduan yang dicipta oleh SimDif di mana tujuannya untuk membuat pendekatan mudah kepada konsep asas bagi pengoptimuman yang baik untuk enjin carian (SEO).