sd main logo

Pembina Laman Web untuk Android

Pembina Laman Web untuk Android

Menu

SimDif menawarkan harga berpatutan untuk semua orang.

Harga yang berbeza untuk setiap orang, nilai yang sama untuk semua.
Harga yang berbeza untuk setiap orang, nilai yang sama untuk semua.

Mengapakah cara ini digunakan untuk menentukan harga laman SimDif?

Apabila sesuatu servis ini memberi impak yang baik, ianya menjadi kepentingan kami untuk membantu lebih ramai orang menerima kelebihan ini. SimDif telah menawarkan harga yang berpatutan untuk semua orang di serata dunia.

Setiap negara mempunyai harga taraf hidup yang berbeza dan selaras dengan tawaran harga berpatutan untuk semua, setiap negara telah ditawarkan dengan harga berbeza mengikut kesesuaian. 


Adakah laman SimDif dapat dilihat di carian enjin Google?

Carian unik kepada SimDif, anda boleh mengaktifkan tetapan optimum
Carian unik kepada SimDif, anda boleh mengaktifkan tetapan optimum

Bagaimana dengan laman SimDif dan carian enjin yang lain?

Tujuan utama kewujudan aplikasi ini adalah bagi membantu anda Menyusun atur kandungan untuk pembaca di mana dapat dilihat melalui carian enjin.

Laman web yang berguna dan disusn atur dengan jelas bagi menjawab persoalan klien dapat membantu Google membina gambaran jelas mengenai perniagaan anda dan mengesyorkannya.  

Apabila anda menerbitkan kandungan laman web, tetapan pengoptimuman akan membantu anda melengkapkan laman web dengan ciri-ciri tersendiri.  

Pihak SimDif tidak menafikan bahawa ianya memerlukan sedikit masa dan peningkatan kualiti untuk laman web anda mempunyai potensi untuk dilihat di Google dengan cara yang berguna. 

Tambahan lagi, laman web anda akan dipaparkan di enjin carian Google apabila seseorang menaip nama anda. Lebih penting lagi anda akan mahukan orang yang tidak mengenali anda untuk tahu jenis tawaran yang dilakukan anda di lokasi masing-masing. 

Dengan SimDif, anda boleh hasilkan nama domain sendiri walaupun bermula dengan laman percuma

Harga berpatutan - https percuma
Harga berpatutan - https percuma

SimDif telah menyediakan kemudahan nama domain, hanya untuk anda

Semua laman SimDif telah disediakan dengan nama domain “.simdif.com” secara percuma. Anda juga boleh membeli nama domain yang unik khas untuk laman web.

Sebaik sahaja mendaftar masuk ke akaun SimDif, anda dapat membuat carian melalui 30 jenis nama domain yang berbeza (.com, .org, .net, co.uk, .info,…).